Jadilah Wanita Paling Anggun di dunia

Sunday, June 24, 2012 | |

Anda dengan kecantikan yang anda miliki,
ternyata lebih cantik daripada matahari...
Dengan akhlak anda, 
anda lebih harum dari minyak wangi.. 
Dengan sikap tawadhu’ anda, 
anda lebih tinggi dari purnama... 
Dengan cinta anda, 
anda lebih segar dari rintik gerimis... 
Oleh itu peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, 
keredhaan dengan kepuasan 
dan kehormatan dengan hijab...
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas dan perak, 
tetapi rakaat sebelum menjelangnya subuh... 
Dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, 
derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, 
air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sajadah, 
dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan... 
Jadikan taqwa itu bak pakaian anda, 
nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal...
 Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda,
nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut…

-Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni, 'Janganlah Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia'-

P/S : terbaca post seorang teman baik, cantik lagi solehah di fb (errr... beliau sudah dimiliki ya, harap maaf :P ). sejujurnya rasa tertarik, dengan susun kata dan isi yang indah. 
MAAF, tiada imej, gambar, atau ilustrasi dilampirkan. Gua biarkan ianya begini. Kerana lebih sesuai begini. Ada perkara yang tidak perlu diperlihat, kerana ianya hanya perlu difahami, dihayati, dirasai... dengan hati. :)
muslimah, saya sayang kamu!.... DIA juga begitu. <3 <3 <3



One of the easiest ways to stay happy is...
to let go off all the things that make you sad :'( ;
4 Syaaban 1433 H
1252

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.